Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT EJEN HALAVITA

  1. Kami buka peluang kepada anda untuk menjadi wakil jualan produk HALAVITA. Untuk menjadi wakil jualan kami. Untuk melayakkan anda menjadi ejen, anda perlu mendaftar di laman sesawang www.halavita.com.my (DAFTAR EJEN).
  2. Langkah pertama adalah isi maklumat yang diminta dan buat pembelian pertama berjumlah RM118.00 ( BCG + BCB ). Setelah berjaya mendaftar, anda layak untuk dapat harga ejen bagi semua produk HALAVITA.
  3. Untuk pembelian seterusnya, anda hanya perlu login ejen dan terus buat pembelian sama ada pembelian personal atau pembelian untuk pelanggan. Untuk pembelian pelanggan, anda perlu maklum maklumat pelanggan di ruangan yang disediakan. Proses penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak HALAVITA.
  4. Ejen perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya 10 botol dalam masa 3 bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kelayakan sebagai ejen gugur.
  5. Ejen tidak boleh menaikkan atau menurunkan harga sesuka hati. Sekiranya pihak kami mendapati ada ejen melakukan perkara tersebut, tindakan undang-undang akan diambil dan kelayakan sebagai ejen terlucut serta merta.
  6. Dilarang sama sekali menjual HALAVITA di pasaran atas talian seperti Shopee, Lazada dan lain-lain kerana ia hak eksklusif HALAVITA STORE. Walau bagaimanapun, ejen boleh menjual produk ini di platform media sosial seperti Facebook, Tik Tok dan Instagram.
  7. Sebagai galakan dan tanda terima kasih kepada ejen, REWARD / GANJARAN akan dikira setiap tiga (3) bulan; Mac, Jun, September dan Disember. Ganjaran setiap sesi adalah berbeza dan akan dimaklum dari masa ke semasa. Ganjaran adalah hak mutlak HALAVITA dan ianya adalah muktamad.
  8. Ejen perlu jujur dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negetif kepada HALAVITA.
  9. HALAVITA mempunyai hak untuk menukar dan menambah mana-mana terma dan syarat mengikut keadaan semasa dan semua ejen tertakluk kepada terma dan syarat ejen HALAVITA yang dinyatakan.

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN

  1. Stok adalah terhad. Pelanggan yang membuat bayaran akan didahulukan. Hanya mereka yang membayar penuh akan diproses pembeliannya.
  2. Sila buat pembelian di laman sesawang rasmi HALAVITA  www.halavita.com.my .
  3. Bagi pembelian secara manual, boleh dibuat melalui pesanan whatsapp ke no 011 1112 7109 .
  4. Sila email slip bayaran dan maklumat pembelian ke sales.halavita@gmail.com untuk makluman status pembelian. Atau muat naik / upload slip bayaran menggunakan aplikasi whatsapp ke nombor 011 1112 7109.  Pelanggan WAJIB memberi maklumat di bawah:-
    NAMA PENUH
    NO TELEFON
    ALAMAT
    PRODUK YANG DIBELI & KUANTITI
  5. Bayaran perlu tepat. Tiada baki bayaran akan dibuat sama ada melalui pindahan online atau tunai.
  6. Sekiranya bayaran yang diterima tidak mencukupi seperti dalam invois, proses penghantaran tidak akan dibuat sehingga bayaran selesai.
  7. Kos penghantaran adalah tanggungan pelanggan. Jumlah adalah mengikut tarif POS LAJU atau perkhidmatan mel lain seperti diminta. Maklumat kos penghantaran akan dimaklum dalam invois.
  8. Proses penghantaran dilakukan setiap hari (Isnin hingga Jumaat) dan jangkaan penerimaan barang mengambil masa 2-10 hari mengikut lokasi penerima dan status POS LAJU atau perkhidmatan mel lain. Nombor jejak (tracking no) akan diberi melalui email atau whatsapp.
  9. Pengambilan sendiri atau self pickup boleh dilakukan dibeberapa lokasi (pickup point) terpilih. Maklumat lokasi akan dimaklumkan sama ada melalui email atau whatsapp.
  10. Sekiranya barang (parcel) tidak diterima dan barang dikembalikan ke HQ, pelanggan perlu membayar kos penghantaran kali kedua dan seterusnya.
  11. Bagi penghantaran ke luar negara, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya produk yang dikirim tidak dapat melepasi kastam atau pihak berkuasa negara terbabit. Kami juga tidak akan menanggung sebarang kos untuk mengeluarkan barang tersebut.
  12. Kami tidak membuat ganti balik ( refund) untuk barang yang dibeli. Melainkan atas alasan munasabah dan melibatkan kerosakan pada produk sahaja.
  13. Sila BACA dan FAHAM terma dan syarat di atas. Apabila anda membayar seperti yang dinyatakan didalam invois, bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat pembelian.
  14. Terima kasih atas sokongan anda.